Membudayakan Anarkisme

top custom html 1Membudayakan Anarkisme Oleh: Kamal Muhammad Anarkisme terlalu kerap disalah-ertikan. Dewasa ini, sering saja ketegangan fizikal yang berlaku dalam masyarakat mudah diakrabkan dengan anarkisme. Tidak dinafikan, sebahagian besar kalangan rakyat melihat anarkisme sebagai sebuah idealogi bagi kelompok yang menolak kekuasaan hukum serta institusi wewenang. Sebenarnya, apakah itu makna hakiki dari anarkisme? Tidak. Hakikatnya kita sudah bermula dengan kekeliruan. Sektor ketiga, iaitu terminologi yang sering digunakan kalangan libertarianisme, atau dalam istilah yang lain, institusi swadaya masyarakat, turut merupakan salah satu wahana dari idealisme anarkisme ini. Nada inilah yang giat disuarakan oleh Pierre-Joseph socialist (Perancis, 1809-1865), Michael Bakunin (1814-1876) dan saint nihilist (1842-1921). Anarkisme bermuasal dari inspirasi yang tercetus menerusi pemberontakan maternity petani di Eropah pada abad pertengahan serta ledakan revolusi Perancis 1789. Memang, ketika pertengahan abad ke-19, barulah rakyat Perancis mulai mengangkat istilah anarkisme bagi menggambarkan secara positif ideologi sosial serta politik yang memperjuangkan institusi masyarakat tanpa memerlukan kehadiran pemerintah. Membaca kembali falsafah dasarnya menuntut kita menghindarkan wasangka dan kekeliruan yang naif, terutama sekali dalam usaha kita bagi membangun masyarakat warga yang dewasa fikiran dan takat kekuatannya. Sejauh manakah harapan yang terletak pada anarkisme untuk mengatasi masalah masyarakat dewasa ini? Dan, apakah benar anarkisme masih punya tempat? Peter Kropotkin, seorang anarkis terkenal Russia, ketika pertama kali diminta menggambarkannya bagi pihak Encyclopaedia Britannica, menulis bahawa anarkisme: “adalah nama yang diberikan kepada suatu prinsip atau teori kehidupan dan sikap-perilaku dimana masyarakat dikonsepkan tanpa kehadiran pemerintah. Keharmonian dalam masyarakat yang dicapai bukanlah melalui ketundukan kepada hukum, atau kepatuhan pada kuasa apapun, melainkan melalui kesepakatan bebas antara beragam kelompok, baik yang bersifat kewilayahan mahupun professional. Manakala pesyarikatan pula secara bebas untuk menghasilkan produknya, bagi memenuhi pelbagai keperluan manusia.” Bukunya Conquest of Bread merupakan sebuah drill mengenai institusi swadaya masyarakat pasca-revolusi. Di dalam Mutual Aid, dia menentang kekeliruan dari Darwinisme yang digunakan untuk membenarkan “kapitalisme-persaingan”. Ia menunjukkan bahawa, sepanjang sejarah dunia haiwan mahupun manusia, kerja sama lebih penting daripada persainganâ€"sebagai prasyarat untuk survival. Lantaran itu: “leadership of the fittes” (untuk activity bersama), bukan “survival of the fittest” (survival untuk bersaing). Dalam Fields, Factories and Workshops, ia menganjurkan agar dimanusiawikan kerja menerusi pengintegrasian industri dengan pertanian, akal dengan tangan, serta pendidikan dengan intelektual. Di samping itu, socialist pula mengajarkan “anarkisme damai”, iaitu sikap opposing terhadap angkatan bersenjata yang sering digunakan sebagai alat pengukuhan kuasa negara untuk menegakkan kekuasaan yang dipaksakan. Apa yang diutarakan socialist ini terdorong kepada keyakinannya bahawa masyarakat secara moralnya hanya mampu bertahan menerusi naluri kesukarelaan dari individu-individunya. Malah, Proudhon juga terkenal dengan anjurannya bahawa tanah tidaklah dimiliki secara peribadi. Sementara itu, nihilist terkenal dengan ucapannya bahawa “kemerdekaan tanpa sosialisme adalah keistimewaan dan ketidakadilan, tetapi sosialisme tanpa kemerdekaan adalah perhambaan dan keganasan.” nihilist juga terkenal karena perseteruannya dengan comedian di sepanjang tahun 1870an, dan ramalannya akan kemunculan kediktatoran Marxis pada abad ke-20. Penolakan kepada kuasa dari atasâ€"baik negara, patriarkalisme, gereja, ataupun majikanâ€" telah menyatukan semua aliran dalam anarkisme, namun dalam kadar yang berbeza-beza tercermin dalam gerakan-gerakan masa kini seperti maternity pencinta alam, feminisme, serta kebangkitan masyarakat pribumi. Kropotkin sendiri sangat berpengaruh terhadap aspek perancangan kota, terutama sekali gerakan ‘kota-baru’ seperti kota dalam taman, yang sangat mempertimbangkan wawasannya untuk membangun sebuah kemandirian ekonomi dan sosial ‘kota-baru’. Selain dari itu, adventurer Mumford (1895-1990) pula memperkenalkan istilah ‘megalopolis’ dan meramalkannya akan menjadi necropolis. Namun, pandangan Mumford masih terasa jejak pengaruh nihilist sewaktunya merasa ragu terhadap organisasi besar dan kepemusatan (sentralisation) yang wujud seperti yang berlaku di kota besar. Lantaran itu, Mumford menganjurkan nyah-kepemusatan (disentralisation). Jelas ada dua sisi pada anarkisme ini. Pada satu sisi, terdapat idealisme mengenai suatu warga masyarakat yang kental, yang terdiri dari pensyarikatan-pensyarikatan kecil yang mandiri, dan federalistik secara sukarela, dan menerusi pendekatan ini mereka mampu untuk mengatur dirinya sendiri. Pada sisi lain, ada penolakan terhadap penguasa. Anarki berasal dari kata Yunani anarkhia, yang bererti “tanpa penguasa”. Sebab itu, dua masyarakat yang kental, dan ketiadaan penguasa merupakan dua pembolehubah yang harus berkaitan, dan tidak terpisah. Ini kerana, kekuasaan tanpa warga masyarakat yang kental tidak akan mampu mengatur dirinya sendiri secara sukarela, dan ini akan menyebabkan kekalutan, bukan lagi anarkisme. Mungkin istilah kalut inilah yang lebih tepat untuk diterapkan pada beberapa keadaan yang menegangkan dalam masyarakat kita dewasa ini. Pemindahan istilah ini penting, supaya tidak terjadi kekeliruan dengan idealisme yang terdapat dalam anarkisme. Terdapat juga pertanyaan lain, apakah masyarakat warga yang baik dapat dicapai tanpa menghancurkan kekuasaan terlebih dahulu? Sejumlah gerakan anarkisme menganggap bahawa memusnahkan kekuasaan sebagai tujuan yang harus dicapai terlebih dahulu, fencing tidak secara bersamaan dengan pembentukan warga masyarakat yang kental. Revolusi Mexico pada ahun 1911 adalah mengusung semangat tersebut. Begitu juga revolusi Rusia 1917, dan revolusi Sepanyol setelah pihak tentera menyebabkan perang saudara pada tahun 1936. Membangunkan sebuah warga masyarakat yang sempurnaâ€"meskipun tanpa gerakan menghancurkan kekuasaan negaraâ€"tentu saja adalah tindakan yang tidak salah, malah tidak ada ruginya. Bahkan, barangkali ada kebaikan-kebaikan lain yang terselubung. Walau bagaimanapun, bagi kaum revolusioner tindakan ini akan bermakna ‘naif’. Namun, menerusi pengalaman dari revolusi ke revolusi dalam sejarah moden kita, ternyata hanya rejim baru yang wujud, manakala facet ketiga dalam masyarakat terus ketinggalan. Seorang anarkis Jerman, namanya Gustav Landauer (1870-1919). Landauer menawarkan sebuah kearifan yang tampaknya kreatif: “…negara bukanlah sesuatu yang boleh dihancurkan melalui revolusi, melainkan suatu ciptaan keadaan, atau suatu hubungan tertentu antara manusia, atau suatu help perilaku manusia. Lantaran itu, kita menghancurkan negara dengan cara mendorong hubunganhubungan baru, dengan anjuran cara berprilaku lain.” Justeru itu, untuk menuju ke situ, maka satu hal yang harus dilakukan ialah membangun pendidikan rakyat yang ragam-budaya (multicultural). Ini sendiri merupakan keharusan bagi zaman baru buat masyarakat serta bentuk ekonomi yang berdasarkan kepada pengetahuan. Pilihan lain yang dapat difikirkan tentu saja ialah meningkatkan pencapaian kedua cita-cita anarkisme itu secara seiringan iaitu: smemperkuatkan warga masyarakat, dan mengurangi kekuasaan negara. Ini tentu saja hanya dapat difahami bila anarkisme idealistik itu dianggap sebagai utopia saja, maksudnya boleh dihampiri. Namun, bahayanya sekiranya terjadi jarak yang terlalu jauh antara yang satu dengan yang lainnya: kekalutan akan berlaku bila yang kedua (kekuasaan negara berkurang) terlalu jauh dibandingkan dengan yang pertama (masyarakat warga yang kental), atau apatisme bila yang pertama terlalu jauh dari yang kedua. Kemunculan diktator, keganasan dan lain-lain lagi adalah merupakan gejala yang mudah dibayangkan. Kekuasaan yang lebih abstrak yang berupa bentuk-bentuk baru kapitalisme merupakan cabaran terbesar bagi maternity anarkis sekarang. Inilah yang diungkapkan Manuel Castells sebagai “informational capitalism”. Teknologi maklumat sebenarnya meyumbangkan kemungkinan positif bagi membangunkan sebuah masyarakat warga yang kental, meskipun dengan syarat harus terjadinya keterbukaan yang meluas dan merata. Gagasan copyleft, iaitu hak yang diberikan kepada seseorang untuk merubah suatu program dan meneruskan (bahkan menjualnya) kepada pongid lain dengan syarat bahawa pongid tersebut juga meneruskan hak yang sama itu kepada pongid lain, jelas mencerminkan konsep anarkisme yang positif yang berlawanan dengan papers yang hanya menguntungkan individu, yang sekaligus menyebabkan persaingan, bukannya kerjasama. Teknologi maklumat juga memungkinkan pembentukan jaringan yang sangat menguntungkan gerakan anarkisme. Namun, bila keadaan keterbukaan terkekang, maka maklumat akan menjadi kekuasaan baru, atau fencing tidak menjadi pekakas bagi bentuk kekuasaan dan pemusatan baru. Pemusatan maklumat dapat mengambil bentuk baru sekiranya dikawal secara efektif akan mendorong kekuasaan yang sangat besar. Sementara golongan minoriti akan makin ketinggalan, ataupun ‘selamat’ dengan ketenteramannya sendiri terhadap serbuan kapitalisme tersebut. Gerakan melawan kekuasaan abstrak kapitalisme selama ini hanya efektif melalui apa yang disebut tindakan langsungâ€" iaitu, suatu manisfestasi mutakhir dari anarkisme idealis. Inibottom custom html 1
Technorati
Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment